Assalamualaikum w.b.t
Sedang hangat di perkatakan sekarang, apa saja yang berkaitan sumi menjadi santapan. Semua sudah pasti sangat menyelerakan. Maklumlah dengan cuaca sekarang yang agak panas, manisan yang berada di dalam peti ais menjadi bukan sahaja buruan anak-anak, akan tetapi orang dewasa juga menginginkannya.
Sudah berjangkit juga pada diri khaty untuk mencuba menghasilkan manisan berasaskan sumi.
Resepi Mudah Puding Sumi
Sudah pasti ramai di antara kalangan ibu-ibu pandai membuat puding. Orang kata petik jari sahaja. Kalau khaty yang petik, belum tentu bunyinya sedap. Samalah juga seperti puding. Kalau memang hanya sekali sakala baru hendak membuat puding, sudah pastinya kena menimba ilmu melalui banyak guru. Salah seorang guru yang khaty suka adalah ENY ABDULLAH. Sudah la comel,berbakat dalam bidang pembuatan makanan.
Bahan-bahan Puding Sumi
20gm agar-agar tali
650 ml air
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
garam
sumi
pewarna
Cara membuat Puding Sumi
Masakkan agar-agar bersama air sehingga larut.
Masukkan susu cair dan kacau perlahan-lahan serta sedikit garam
Masukkan pula susu pekat , jangan masukkan semua, anda perlu rasa untuk mendapatkan manis yang anda perlukan.
Masak jangan sehingga mendidih sebab risau nanti tekstur puding tidak elok ataupun kelihatan seperti berketul.
Susun sumi di dalam acuan yang anda suka.
Sediakan pewarna yang anda inginkan.
Masukkan sedikit-sedikit supaya susunan sumi tidak bergerak merata.
Biarkan lapisan pertama agak keras dan kemudian masukkan lapisan kedua dan seterusnya ulang sehingga habis.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan siap untuk di makan.
*sumi itu jika anda masukkan dalam peti ais dan bagi keras,lagi senang untuk ia tidak bergerak dalam acuan dan anda akan dapat susunan yang lagi cantik. Dah buat baru dapat tips, jadi itulah hasilnya.
Sebenarnya Eny ada ajar guna serbuk agar-agar, tetapi sebab dah habis, khaty guna agar-agar tali. Jadi anda kena pandai agak. Tepuk tangan pada diri sendiri sebab berjaya buat.Khaty boleh anda pastinya juga boleh.
Selamat Mencuba